Monday, August 9, 2010

~Warkah Buat Adam~

Adam, mengertilah..
Hawa bukanlah insan yang kuat
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu
...tatkala diri diuji, Hawa sering tewas
tewas dengan godaan syaitan dan nafsu sendiri
Adam, mengertilah..
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yang terbaik
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj
perfume, make up, perhiasan..
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya
namun mengapa masih Adam tertarik pada Hawa yang serba kekurangan ini
Adam,mengertilah..
Hawa ini berjiwa lembut
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta
Hawa tau permintaan Adam tidak membawa Hawa ke kancah maksiat
namun Hawa lemah....
Hawa takut zina hati
Adam, mengertilah..setiap kali sms diterima
Hawa keliru
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja
Hawa tewas
Hawa reply juga
mengenangkan Adam adalah sahabat
Adam, mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu
mungkin Hawa juga adalah antara kasih sayang yang dikurniakan buat Adam
memudahkan perjalanan hidup Adam
jgn disalah tafsir apa yang Hawa berikan
Adam, mengertilah..
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa
namun, bukanlah 'couple' yg Hawa pinta
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya..
Adam, mengertilah..

post from Ashabulkahfi Syababislami

1 comment:

Anonymous said...

awak,,saya nak mintak maaf atas apa yg sy terlepas ckp kat awak,,,,xterniat pon nak wat awak kecik hati,,,,maafkan saya tau...saya syg kat awak....