Monday, August 9, 2010

Warkah buat Hawa~

Hawa..
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak genta...r memperjuangkan Deenul Islam tercinta..
Hawa..
Andai engkau belum bernikah, jangan kau risau jodohmu
ingatlah Hawa janji Tuhan dengan kita
wanita baik adalah untuk lelaki yang baik
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana khuatir dari mata jatuhnya ke hati
maka lahir sebuah senyuman, tercetusnya salam dan sekaligus disusuli pertemuan
Tidakkah kau risau lahirnya nafsu kejahatan yang boleh menguasai diri seandainya ia tidak terkendali?
Hawa..
Lelaki soleh tidak melihat paras rupa
Lelaki beriman tidak memilih wanita melalui keseksiannya
Lelaki wara' tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki
Tetapi, mu'min itu akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan paling penting
pegangan agamanya...
Mujahid itu juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita bukan muhrimnya
kerana dia sedar Allah melihatnya
kerana dia tidak mahu memberi peluang pada jarum syaitan menusuk hatinya
Musleh itu juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu kasih hanya selepas pernikahan
Pernikahannya juga kerana Allah
Oleh itu, Hawa..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu, dekatkan dirimu dengan Tuhan..
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu di dunia ini
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu
kerana ia Pemilik segala cinta
DicintaiNYA lebih bermakna daripada dunia serta seluruh isinya
biarlah hanya kasih daripada kedua ibu bapamu dan keluarga yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu
Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah..
Bukankah itu jauh lebih manis dan indah?
Kasihilah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Rafiqul 'ala
Sayangilah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari kasih keluarga..
Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga yang menggoncang iman lelaki..

post from Ashabulkahfi Syababislami

1 comment:

siti musliha/redumbrella said...

sy sgt suke... thanks pd pengirim